Pages


Wednesday, September 4, 2013

Walau bukan yg pertama kali...

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi. Semakin hari rezeki semakin bertambah. Terima kasih Ya Allah di atas pemberianMu ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Berkatilah rezeki ini.Amin Ya Rabb.
Walaupun ini bukan yang pertama kali bagi team kami; Katering Masakan Kampung Selera Ibunda, untuk menerima tempahan besar yang bakal dihadiri oleh tetamu VVIP dan VIP dari kalangan menteri-menteri, rasa berdebar itu tetap ada. Bukan apa, Ibunda hanya inginkan yang terbaik buat pelanggan semua. Bukan setakat pada kualiti dan mutu rasa makanan, malahan kalau boleh pujian ingin juga didengari dari sudut hiasan dan persembahan. Kerana Ibunda sedar pelanggan dan bakal pelanggan Ibunda bukan hanya dari golongan veteran, malahan dari golongan muda. Apa pun nombor umur kita, yang penting hati kekal muda :)
Oleh sebab itu, entry kali ini, Ibunda menjengah ke beberapa laman web dari "encik goggle" untuk mendapatkan buah idea mengenai lipatan napkin. Mana tahu, boleh divariasikan buat majlis tu nanti. Jom kita tengok beberapa idea yang telah menarik perhatian Ibunda. Konsep Ibunda, apa yang penting adalah ringkas tapi menarik.

Macam bunny pun ade ;)

 Bunga tu yang buat cantik tu sebenarnya ;)

 Bentuk coat..Sesuai da ni ;)

Alahai comel nye ribbon tu ;)

Yang ni 2 in 1 color combination..Silver & Oren.

 Blue navy..Yang ni klas gitu ;)

~ Less is more ~

No comments:

Post a Comment