Pages


Wednesday, September 4, 2013

Walau bukan yg pertama kali...

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi. Semakin hari rezeki semakin bertambah. Terima kasih Ya Allah di atas pemberianMu ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Berkatilah rezeki ini.Amin Ya Rabb.
Walaupun ini bukan yang pertama kali bagi team kami; Katering Masakan Kampung Selera Ibunda, untuk menerima tempahan besar yang bakal dihadiri oleh tetamu VVIP dan VIP dari kalangan menteri-menteri, rasa berdebar itu tetap ada. Bukan apa, Ibunda hanya inginkan yang terbaik buat pelanggan semua. Bukan setakat pada kualiti dan mutu rasa makanan, malahan kalau boleh pujian ingin juga didengari dari sudut hiasan dan persembahan. Kerana Ibunda sedar pelanggan dan bakal pelanggan Ibunda bukan hanya dari golongan veteran, malahan dari golongan muda. Apa pun nombor umur kita, yang penting hati kekal muda :)
Oleh sebab itu, entry kali ini, Ibunda menjengah ke beberapa laman web dari "encik goggle" untuk mendapatkan buah idea mengenai lipatan napkin. Mana tahu, boleh divariasikan buat majlis tu nanti. Jom kita tengok beberapa idea yang telah menarik perhatian Ibunda. Konsep Ibunda, apa yang penting adalah ringkas tapi menarik.

Macam bunny pun ade ;)

 Bunga tu yang buat cantik tu sebenarnya ;)

 Bentuk coat..Sesuai da ni ;)

Alahai comel nye ribbon tu ;)

Yang ni 2 in 1 color combination..Silver & Oren.

 Blue navy..Yang ni klas gitu ;)

~ Less is more ~

Friday, August 30, 2013

Majlis Makan Malam

NUFA @ Katering Masakan Kampung Selera Ibunda di Majlis Makan Malam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sudah semestinya servis terbaik dari pihak kami. Enjoy da pictures ;) Sebarang pertanyaan dan tempahan, jangan segan silu untuk menghubungi pihak kami. Menu sedap pada harga berpatutan pastinya memenuhi selera anda.







Sekian dari Ibunda. Jom ke dapur, persediaan buat tempahan2 esok (31/08/2013)..Happy Merdeka Day to all Malaysia..I love Malaysia :)

Servis Kami di Majlis Perkahwinan

Alhamdulillah..Walaupun Ibunda sibuk memenuhi tempahan untuk pelbagai majlis dalam bulan Syawal ni, sukacita kiranya Ibunda ingin berkongsi beberapa keping gambar kenangan daripada pihak NUFA @ Katering Masakan Kampung Selera Ibunda buat tatapan pembaca, pelanggan setia dan bakal pelanggan Ibunda semua. Terima kasih semua. ;) 

P/s: NUFA di Majlis Perkahwinan. Kami menyediakan servis bukan hanya bagi penyediaan makanan, malah termasuk juga hiasan di meja beradap pengantin, lauk-pauk pengantin dan peramu saji bagi tetamu VVIP dan VIP.






Saturday, May 11, 2013

Majlis di Bukit Mahkota, Mac 2013

Tahniah dari team NUFA Katering Masakan Kampung Selera Ibunda buat Encik Isa sekeluarga :)
Antara hasil tangan ikhlas dari krew NUFA Katering Masakan Kampung Selera Ibunda.

 Bersesuaian dgn kehendak pelanggan :)

 Kemas dan cantik :)

Dihias indah oleh pemudah cara dari krew NUFA Katering Masakan Kampung Selera Ibunda.

Thursday, May 9, 2013

May 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Lama rasanya Ibunda tidak menjenguk ke laman blog ni dek kerana terlalu sibuk dgn tugasan di dapur Ibunda bagi memenuhi tempahan dari pelanggan semua. Terima kasih Ibunda ucapkan di atas sokongan kalian. Seperti biasa Ibunda dan ahli-ahli kumpulan NUFA Katering dan petugas sokongan perlu bersiap-siaga dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi tempahan (jumlah besar) bagi majlis yang bakal berlangsung pada ahad ini. Beberapa peralatan katering telah Ibunda beli bagi memastikan perjalanan majlis lancar dan teratur. InsyaAllah.
Sebelum Ibunda beralih semula menyambung tugasan, jom Ibunda kongsi beberapa gambar yang bertemakan English Garden yang mungkin bersesuaian dengan majlis anda. Terima kasih kepada signatureweddingasia dan karangkraf atas gambar-gambar yang cantik ni. Ibunda sangat suka. Boleh dapat idea baru. Selain memasak, Ibunda mmg sukakan deko yg bertemakan English.
Happy Weekends :)


Candy buffet..Simple but nice.

 Air mineral pun kena ikut tema tau ;)
 
Nampak sedap dan cantik pulak tu.


~ LESS IS MORE ~

Tuesday, January 15, 2013

Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua



Salam ikhlas dari Ibunda buat semua. Kini kita sudah pun melangkah ke tahun baru. Diam tak diam kita bakal melengkapi bulan yang pertama bagi tahun 2013. InsyaAllah, tahun 2013 juga akan turut "menceriakan" dapur Ibunda seperti tahun 2012 yang lalu. Terima kasih Ibunda ucapkan kepada semua pelanggan Ibunda yang sentiasa menyokong Ibunda. Jutaan terima kasih Ibunda ucapkan kepada:

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
  2. PERKESO
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  5. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
  6. Persatuan Alumni UPM, Universiti Putra Malaysia
  7. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
  8. KUIS
  9. Dato' dan Datin, Encik dan Puan serta orang-orang persendirian dari Desa Salak Villa, Bukit Mahkota, Bandar Baru Bangi Seksyen 7 & 8, Puncak Saujana Kajang dan Puchong.
Terima kasih semua. Buat semua pelanggan-pelanggan dan bakal pelanggan Katering Masakan Kampung Selera Ibunda, nantikan promosi-promosi makanan 2013 teristimewa daripada dapur Ibunda.

Promosi Terbaik 2013!! Murahnya!! RM8.50 per head.

Salam kepada semua. Di awal tahun 2013 ini, Ibunda ingin menguar-uarkan PROMOSI TERBAIK khas bagi bakal-bakal pengantin di luar sana yang kiranya masih tercari-cari pakej katering yang murah dan pastinya sedap. Apa tunggu lagi, hubungi Ibunda bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tempahlah sekarang selagi promosi masih ada. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat..;)

Nasi Minyak
Ayam Masak Merah
Daging Kawah
Acar Timun Nenas
Minuman Sejuk
*Set Makanan Pengantin
*Pemudahcara Majlis
*Nota: Adalah disediakan bagi jumlah tetamu/tempahan yang melebihi 1000 orang.