Pages


Monday, September 3, 2012

Tempahan Lauk-Pauk Teristimewa Dari Dapur Chef Ibunda

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog Ibunda. Sudah lama rasanya ibunda tidak menjenguk ke sini disebabkan tempahan dari rakan-rakan sekalian yang tidak putus-putus. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diberikan. Nanti Ibunda kongsikan ye. InsyaAllah. Post pada kali ini ingin Ibunda uar-uarkan perkhidmatan masakan terkini yang boleh diberikan oleh Ibunda dan team katering kami.

Di atas permintaan ramai, kami kini sedia menerima tempahan secara pukal bagi beberapa lauk-pauk warisan terpilih yang pastinya bakal melengkapi menu istimewa buat majlis anda. 
Buat pengunjung semua, tempahan secara pukal yang dimaksudkan adalah tempahan lauk-pauk sahaja bagi kuantiti sekurang-kurangnya untuk 100 orang tetamu.

Antara lauk-pauk yang terpilih adalah seperti yang tertera di bawah. Jom kita intai :)

  • Rendang Daging
  • Rendang Ayam
  • Ayam Masak Tomato
  • Kerutuk Daging
  • Kerutuk Ayam
  • Kuzi
  • Kari Daging
  • Kari Ayam


Sebarang pertanyaan mahupun cadangan, sila hubungi Ibunda di nombor yang tertera. Semoga jumpa lagi.