Pages


Sunday, February 26, 2012

Promosi Perkahwinan 2012. Booking Us Now!

Salam ceria buat semua para pembaca dan pelanggan yang dihormati. Kini, kami pihak Katering Masakan Kampung Selera Ibunda (KMKSI) ingin memperkenalkan promosi Pakej Perkahwinan terbaru kami yang pasti menggembirakan anda!

Pilih salah satu dari Pakej Menu Perkahwinan kami dan anda berpeluang mendapatkan gubahan hantaran indah pada harga serendah RM60. Gubahan indah pada harga budget pasti menggembirakan anda.

Foto adalah dari koleksi peribadi.

Berminat? Apa tunggu lagi. Hubungi kami bagi keterangan lanjut.

*Harga adalah berdasarkan terma dan syarat. Sekian, terima kasih.



Saturday, February 25, 2012

Ibunda Suka Yang Ini...This is Absolutely Lovely!

Musim Perkahwinan tahun 2012 telah bermula. Permintaan pelanggan yang semakin maju dan bervariasi menuntut ibunda untuk sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai resipi terkini dan persembahan menu yang menarik dan bercita rasa tinggi. Tidak kurang dengan kombinasi warna-warni perkahwinan yang jarang menjadi pilihan, kini semakin diminati..Jom intai beberapa koleksi dari diari ibunda untuk dikongsi=)


Sumber Inspirasi Ibunda by Ellizabethanne.


Tiffany, Blue & Baby Pink...Wedding Inspiration~


Peach, Coral & Poppy...Wedding Inspiration~


Rustic, Teal, Rose & Marigold...Wedding Inspiration~

Colonial, Blue & Pink...Wedding Inspiration~

Elegant, Yellow, Pale & Pink...Wedding Inspiration~

Semoga bakal Raja & Ratu Sehari semua bijak memilih warna, tema dan dekorasi sesuai bagi menghiasi majlis bahagia anda. Untuk tempahan katering, usah segan untuk menghubungi kami. Kami pasti membantu. InsyaAllah.












Wednesday, February 1, 2012

Kami Turut Menerima Tempahan Doorgift Buat Majlis Istimewa Anda

Salam kepada para pembaca semua. Kali ini, pihak Katering Masakan Kampung Selera Ibunda (KMKSI) ingin mempromosikan perkhidmatan terbaru kami buat pelanggan-pelanggan kami yang tersayang. Kini anda tidak perlu rungsing untuk memikirkan bentuk doorgift buat para tetamu anda. Di KMKSI, pakej2 menu makanan terpilih kini disertai dengan tempahan doorgift pada harga serendah RM5. Jadi apa tunggu lagi! Jom intai senarai pendek bagi doorgift teristimewa yang disediakan oleh KMKSI..^_^ 



1. Beg berkat berisi lauk-pauk. Menu-menu istimewa yang terpilih adalah seperti berikut:
- Pulut kuning dan rendang daging
- Pulut kuning dan rendang ayam
- Pulut kuning dan kerutuk daging
2. Kek pisang
3. Kek oren
4. Kek coklat
5. Kuih bahulu 

Caj tambahan (yang berpatutan) disediakan jika anda menginginkan perhiasan dan aksesori tambahan pada doorgift yang disediakan.